Sweet Owner Bigfoots! Credits!
| Bonjour .
Hai :) Dah lama sangat sangat kan aku tak update ? Terasa maha pelik pulak bila nak update . Hoho .
Hahaha .
Bajet ada readers ke ? Oh eww pelish lah . Haha . Hopefully Deeba Kyn baca post ini because when I wrote this , I was missing you . And now , when you read this , I'm still . Haha jangan touching ! Kstop .
KINI ,
aku adalah lepasan SPM yang sudah lama berakhir pada 3 Disember 2013 lalu . Dan hari ini bersamaan 12 Mac 2014 , aku sedang menghitung hari hari terakhir sebelum pengumuman keputusan SPMku yang yang yang .............................. ? * meraung di jiwa * #tekanan .
Arghhhhhhhhh , apaaaa lah result aku nanti ? Mestilah aku mengharapkan setinggi Gunung Everest untuk mendapat yang terbaik . Demi membahagiakan hati insan-insan yang tersayang . Oke dah mula terkenang wajah cikgu-cikgu aku , lebih-lebih lagi wajah Papa Ghazali . Omo , aku risau gila result Account aku nanti macam mana . Sebab apa risau sangat ? Sebab susah gila gila weh . Satu Malaysia menangis beb ! Wuhuu . Tekanan . Ampun ya papa if I can't fulfill your dreams T_T . Paling penting , aku tak sanggup tengok wajah penuh kehampaan kedua-dua ibu bapaku . Ohhh , sangat tersentuh taw !
Ya Allah , kau makbulkanlah doa-doa kami . Kau berikanlah kejayaan pada kami demi mencapai RedhaMu juga membahagiakan hati kedua ibu bapa kami dan guru-guru kami . Amin Ya Rabb .
***************************************************************
Hari - hari ku sebagai lepasan SPM .
Selepas tanggal 3 Disember tu , aku dengan sepenuh hatinya memegang jawatang sebagai Yang Berbahagia Lepasan SPM 2013 . Haha rasa bangga , syok dan puas sangat semua ada . Akhirnya , penat lelah aku menjadi seorang pelajar sekolah sejak Darjah Satu sudah berakhir . Suatu kenangan yang cukup terindah . Terindah dan kan kekal abadi di lubuk hati . Siapa tak sayang kenangan zaman sekolah beb ? Zaman hingus dok meleleh lagi . OMG ! Haha . Zaman aku mengenal cinta . Mengenal erti persahabatan dan permusuhan . Mengenal erti jahat dan baik . Mengenal erti Fly dan Nasi Bujang . Zaman aku jatuh dan bangkit . Zaman aku dipaksa dan terpaksa . Zaman aku berduka dan bersuka . Dan bila aku dah keluar dari Zaman Sekolah yang dahulunya kononnya aku tak sabar sangat nak keluar sebab tak tahan sangat , baru kini aku sedar yang Zaman Sekolah adalah Zaman Terhebat daripada segala zaman . * Apa banyak zaman daaa * Haha . But seriously what I said , baru aku sedar yang Dunia Luar tidaklah seseronok mana yang aku sangka berbanding Dunia Sekolah . Kalau kat sekolah , aku tahu , ramai yang sentiasa caring akanku walaupun aku sering memberontak di jiwa apabila mereka sering memaksa dan mengarah aku itu ini , tapi itu tandanya mereka CARE akan aku . Walaupun aku tiada banyak pilihan , tetapi apa yang mereka pilih , sebenarnya itu adalah yang terbaik untuk aku . Sekarang , aku lebih banyak pilihan dan lebih bebas memilih tanpa sebarang paksaan , tetapi tiada rasa keseronokan bila mendapat nikmat itu kerana aku rasa seperti keseorangan , tiada siapa yang kesah lagi . Kalau dulu , cikgu mesti paksa aku buat itu ini untuk kebaikan aku tapi sekarang , sudah tiada siapa kesah . Sepatutnya aku merasa seronok lah kan bila dapat berdiri di atas kaki sendiri untuk membuat pilihan hidup tetapi entahlah , mungkin aku masih kebudak-budakan yang baru ingin mengenal dunia luar .
Oke dah cukup berfalsafah -.-
Sepanjang perjalanan sehingga ke hari ini , kerja tetap aku setiap hari adalah makan - solat - Korea - game - Online - tidur . Aku jarang beriadah . Kerja pun tak . Oleh sebab itu , mak aku suruh sertai dua kelas iaitu Kelas Lesen Memandu dan Kelas English Spoken . Alhamdulillah , kelas English sudah tamat sebulan lalu . Lesen Memandu ni yang lecehhhhhh gilos nihh . Tekanan akuuu bila tak reti reti lagi nak bawa keta . Yang aku panas tuh , awat orang lain relax chillex jaaa bawak , hatta orang tua sekalipun tapi awat aku teruk sangat tak boleh nak bawak ? Aku rasa aku lebih teruk daripada belalang . Jangan tanya sebab apa dengan belalang . Itu perumpamaan budak pandai macam aku . Erk !
Kejayaan yang telah aku capai :-
1. Berjaya menonton hampir 100 plus plus episod Running Man .
2. Aku dah belajar banyak resepi baru . Nak tengok a few of my recipes collections ? Find out at my IG @ciksnap .
3. Aku telah mencuba pelbagai menu makanan baru di pelbagai kedai . Azam nak menjadikan my IG with a lot of foods semakin heating up ! Haha .
4. I guess I have reduced my weight . Hehehe .
5. I have gained my driving skills and English spoken skills , InSyaAllah :)
6. Apa lagi eh ?
7. Entahlah .
8. Dah takde kot .
9. Ni je ?
11. Eh , nombor 10 mana ?
12 . Kstop -.-
Hahahaha . Anyway , aku puas sangat cuti ni sebab aku dapat rehat terlalu banyak sehingga jadi lemah longlai sebab disease Bosan tahap melampau . Oh ya saya , burung hantu dan kelawar sejati . Panda too ! Apa kaitan binatang pulak ni ? Oke saya berjaga malam dan beradu siang and then my eyebag getting bigger like what ?! Haha Idk and Idc ~ *IDon'tKnowIDon'tCare*
Okey .
" Isilah waktu lapang anda dengan aktiviti-2 yang berfaedah seperti di atas . "
- N.Hazirah -
Anyeong :)
6# Kem Max A+ .
Bulan Jun hari tuu , sekolah aku telah mengadakan Kem Max A+ untuk 35 orang pelajar tingkatan 5 yang cemerlang dalam Ujian Pertengahan Tahun . Alhamdulillah , aku dan Adibah tergolong dalam 35 orang tu . Yeepii . Yang lawaknya kem itu diadakan di Air Panas Ulu Legong . Hmm not bad laa . Kami tinggal kat Home Stay . Kampung tuu memang permai laa . Pagi-pagi sejuk sangat . Kabus sutera unggul banyak gilaa . Dok kawasan pedalaman memang sejuk lahh . setiap penduduk kampung kat situ buat home stay kat sebelah rumah depa . So, banyak laa home stay kat situ . kami tinggal kat situ selama 3 hari 2 malam .
Pelbagai aktiviti diadakan . Antaranya , study season , makan pulut durian , mandi air panas dan lain-lain . Durian kat situ memang sedap ahh . Tambah-tambah lagii time tu musim durian . Memang banyak gilaa durian . Cikgu-cikgu punn berpusu-pusu datang situ semata-mata nak makan durian . semua pakat Hantu Durian ohh ! Haha termasuk aku ! Tehee .
35 orang pelajar harapan sekolah untuk mendapat straight 11 A+ !
Mudah-mudahan . Aminn . :)
5# Perlawanan Bola Keranjang P18 Daerah Baling .
Amboihhh panjang taitel !
Haha eksaited . Bulan April yang dulu , aku sertai perlawanan Bola Keranjang P18 peringkat Daerah Baling . Jangan terkejut ! Kecik kecik aku pon , boleh main Bola Keranjang tahu ? Haha ini kecik cili padii ! Haha . series laaa . Yang lawaknyaa , yang sertai game nii semua Cina ! Sekolah kami je yang wakil Melayu and kami jehh perempuan kat situ yang pakai tudung ! Ohmegaddd . Segan pon adaa . Cina semua pakai singlet ahh . Sexy gituu . hihi .
4# Hari Sukan 2013 .
Sukan datang lagi tahun ni . Teheee . Tapi tahun nii buat petang . Nasib baik laa tak panas , musim hujann . Rainy jeh setiap hari . Tahun ni saya ambil bahagian dalam Lompat Jauhh . Hahahak . Tak reti apa ponnn . Perasann kau ! Main serkap jarang jee . Bidan Terjun ! Aduh apa laaa pilih aku . memang rumah Azrak memilih untuk kalah sebelum bertanding laaa .
Tahun nii ada banyak Anugerah sbb banyak kategori yang diadakan .
Kalau kategori sukaneka , Lelaki menang dekat rumah Ahdor dan Ahmar laa . Kategori merentas desa , aku tak ingat . Hehe . Kategori Olahraga , Azrak juara ! Yeepii . Kategori Perbarisan , Azrak Ketiga . Oke what ? Kategori keseluruhan , Ahmar Juara . Tapii untuk hari sukan harituu , time tuu ada acara olahraga dengan perbarisan , Azrak conquer semuaa . Juara untuk kesulurah olahraga dengan kutipan mata berapa ratus entah . Tapi bila campur semua termasuk sukaneka dan merentas desa yang telah diadakan sebelum hari sukan , Ahmar laa menang . sokayy laaa , yang penting hari sukan , Azrak kuasai semua . tehee .
AZRAK'S VICTOR !
Kita nyanyi duluuu sebelum lawann ! Haha .
Saya wakil Azrak , A818 :)
3# Salam Aidilfitri 2013 :)
Assalamualaikum .
Salam Aidilfitri 2013 :)
Sempena lembaran ini , saya nak memohon maaf andai terkasar bahasa , termaki , tersilap buatan atau segala 'TER' yang ada , mohon diampunkan ye ?
Raya nii seperti biasa aku dan keluarga sambut di teratak usang kami di Kota Kuala Muda . Bersama-sama sepupu handai dan sanak - saudara yang lain . Raya kali ini not bad laaa tapi disebabkan Trial SPM yang menanti selepas raya nii membuatkan aku rasa raya kali ini tak meriah pon . Ye laaa , nak kena menghadap buku setiap masa . Camne nak Enjoy . Tuu pon , aku extend raya sampai raya ke-5 , then , baru kembali pegang buku . Lantak ahh kat engkau wahai Trial ! Huh :P Bagaiman dengan Raya kalian ? Bagusss ? Haha oke laaa , SALAM AIDILFITRI :)
Khalish Mikhail :) Teratak usang di hujung kampung . Berjubah di Hari Raya ! Salam Aidilfitri dari saya :) 2# Graduation Night Dinner
Assalamualaikum !
Post kedua niii pulak tentang Malalam Graduasi yang diadakan di sekolah aku bertempat di Dewan Utama pada hari Rabu , 25 September 2013 adalah untuk meraikan kejayaan pelajar Tingkatan 5 yang tidak lama lagi akan menamatkan pengajian di bumi SMKAB selama 5 tahun berturut-turut dari tahun 2009 - 2013 .
Amboihh dah macam pembaca berita dahh . Hahaha .So shedd actually bila ingat balik yang berapa hari jehh lagi dah nak SPM. habes SPM nanti , semua pakat bawak haluan masing-2 . Uwaa takot ! Oke oke relax , sementara masa masih ada nii , bergembiralaaa dulu ye kawan-2 . Sama-sama kita berjuang di medan bakti nanti pada 6 November nii ! Ohmegaddd , dah dah , tolong jangan ingatkan aku tarikh keramat tuu ! >.<
Oke , malam tu memang best , happening dan menyedihkan jugak . Hmmm macam-macam laa perasaan becampur baur . Dinner malam tu memang sedap ahhh . Ada spagetti yang dimasak oleh Cikgu Zuraidah ! Memang perghhh ahhh . Pastu ada Nasi Arab yang dimasak oleh Ustazah Sholehah . Sedap jugakk tuu ! semua menu , cikgu-2 yang masak . sangat sweet gituu ! Hihihi . :D
Terima kasih Cikgu atas jasa bakti mu ! :)
1# Official Seventeeeennn ! :D
Am Seventeeeennnnn :D
Teheee ! Aku dah besar dah pun akhirnya . Befday aku dah lama lepas dah , 20 July harituuu , tapi baru sekarang dapat update . Huhu . Super Duper THANK YOU pada kawan-2 yang tak lupa wish Befday aku and yang paling terharu tergaru sangat bila depa buat Suprise Befday Party harituuu ! Terharu gilaaa ! Uwaaa T_T . Tenkiuuu Tenkiuu .
Masa befday aku tuu ,kebetulan hari tuu adalah hari aku balik ke asrama selepas cuti weekend kat rumah . Excited laaa pi sekolah nak celebrate dgn kawan-2 . Then , sampai je aku kat sekolah , takde sorang pon wish Befday aku . Howww Sheeddd ! :( sedih . Sampai prep malam pon , depa langsung tak cakap apa . Oke fine , maybe depa lupa lah kot or saja nak main-main lah kot . Hmm sabar jeh wahai hati .
Balik prep malam tuu , aku tengah dok buat Homework masa tuu . Then , aku rasa pelik kenapa tinggal aku sesorang je dalam dorm ? mana semua pergi ? Aku buat donno je laa , dah laa hati tengah sedih masa tuu . Tetiba , dengar sekumpulan suara menyanyikan lagu
Happy Birthday To You ,
Happy Birthday To You ,
Happy Birthday To Pocoyooo ,
Happy Birthday To You .... !!
Uwaaaa kengkawan aku nyanyii ramai-2 . Pastu ada sebijik kek coffee sekali . Ohmegaddd ! Terharunyaaa . Huhuhu . Series terkejut ! Tak sangka sahngattt . Huhu . Thankyou ! Lappuuolsss . Ni memang hadiah yang paling Ohhsemmm pernah aku dapat ! Sayanggg Uolss , muahhhhh ! :* :*
Tak kurang juga pada kawan-kawan yang bagi hadiah , Terima Kasih :)
SAHABAT , di saat ku bersedih , engkau hadir menggembirakan aku kembali . Kenangan terindah kita bersama di bumi SMKAB tidak akan pernah luput dari ingatan ku walau di hujung dunia sekalipun aku berada . Terima Kasih untuk kenangan terindah ini . :)
I'm Coming Home !
I'm coming home ,
I'm coming home ,
Tell the World , I'm coming home !
Hahaha amboih. nyanyi sakan bajet bawu balik dari obersi . padahai tak kena seberang laut sangat pun lah asrama aku dari rumah . hihi . saja feeling lebih . anyway , lama banget aku tak hupdate blog kan ? dah berhabuk dahh ! * Oke , ayat cliche setiap kali buat pendahuluan ! Haha, habit k setiap kali nak start update post . mesti Uols semua rindu I kan ? * Sapa nak rindu kau ? bahjet kau ada readers Nyahh ! Hahaha , sokay . daripada berbillion trillion manusia dalam dunia ni , mesti ada jugak yg rindu kan ? paling kurang pon sorang . paling takde pon , blog nii mesti rindu aku nii . hehe * ayat Loneranger .
Okay , back to the main intuition actually , amboihh speaking kemas kauu ! haha . banyak benda sebenarnya aku nak story daripada last update , aku wish Salam Ramadhan kan ? actually ,sebelum tu pon ada banyak benda aku nak citer sebonarnya tapi tak sempat . just sempat wish tu je . And hari ini aku nak wish , SALAM AIDILADHA 2013 :)
aku tataw nak mula dari mana . haaa oke , nak gitaw result Mid-Year and result Trial yg terbaru nii ! Alhamdulillah , ada peningkatan yang banyak . Syukur ya Allah . Total subjects aku ambek ada 11 . Masa Mid-Year, aku kecundang 3 subjects . paling terok , AddMath ahh , FAILED ! Tapi syukur Trial kali ini , just a subject je yang kecundang iaitu AddMath again tapi tak laaa seteruk dulu . Tak Failed dahh . Meningkat ke C ! Hehe . Yeeppii . Oke what ? Arab saya dapat A ! Teeehheee . syukur syukur :D Mak dengan Abah pon happy sangat dgn result Trial aku niii . depa always pesan suruh study hard and jangan dok seronok overdose sangat dengan result trial nii. my parent berharap setinggi gunung Santubung campur Sejinjang agar SPM aku dapat Straight A's , Aminnn ! doakan ye ? :)
Hmmm , cerita lain ? Aku akan update post yang seterusnya k ! Chowww ! Lappuuuuolss :*
Salam Ramadhan :)
Assalamualaikum ..
Salam Ramadhan 2013 :)
Ramadhan menjelma lagi tahun ni . as usual , aku berpuasa dan berterawih di asrama untuk tahun yang terakhir di bumi SMKAB . suasana sebak semalam ketika kami iftar beramai-ramai dan solat terawih diimamkan Imam dari Palestin . Yang menariknya tahun ni, kami mengharapkan Ramadhan yang lebih panjang dan tak excited pon nak Raya . Why ? Trial lepas raya mehhh ! huaaaa . Gila .
Yang paling best taon ni adalah aku dapat banyak duit raya drp warga SMKAB ! hee bukan apa, it was a reward for me sebab dapat 8A untuk Mid-Year baru baru ni . Alhamdulillah :)
Hmm ngantok sangat . nak update panjang-2 pon takde mood . Anyway , nyte :)
Sushingg sushinggg !
Hello bloggers ^^
Hari nii makan sushi ramai-2 dgn The GG's together dekat Sushi Kingg . Why we call Sushingg ? It is combination between Sushi with Sushi King . Then , it is Sushingg hahaha . Sangat riuhh yaa bila GG sama-2 makan sushi . Terasa macam makan kat DM lah pulak . Almaklum laa kebanyakan kami ni first time makan together kat situ . Anyway , hang out kali ni sangat seronok because tertunai jugak hajat kami semua nak makan Sushingg .
Full Day Out !
Header takde kena mengena dengan taitel . hehe . aku buat header memang Fail . tapi yang eksaited nak citer adalahhhhhh Full Day Out !
Haha yaa as usual kelmarin aku keluar hang out lagi dgn kawan kawan . And yang seronoknya sampai jadi Big Day Out nii sebab dari pagi sampai petang aku tak berhenti makan . Haha banyak aww . Makan mahai-mahai pulak tuhh berlagak orang kaya yesterday . Haha . Kami lunch di Secret Recipe . Makan Spagetti Bolognese , Thai Seafood Spagetti with Lasagne . Huihhhh sedap bangett ! Memang puas makan sebab dah lama mengidam . Haha . Before yesterday pun aku dah melantak Spagetti dgn Tikah kat Food Court Tesco . Yang tu simple je laaa and murah tapi sedap ohh ! Kat SR ni , memang sedap , voluptious giler and harga punnn hmm hahha memang kaw kaw laaa . Haha . Minum pulak Ice Lemon Tea with Hot Chocolate .
RM 72.95 ? Wuhuuu harga pon gabak kannn ? Kopak poket . Haha service charge with gov. tax pon dah 10 hinggiiit . Memang gila ! Tapiii makanan mabelesss . Hihik oke lettew sekali sekala . :D
Lepas makan kami pi tengok movie EPIC ! Besttt sangat . Kalau ranking movie cartoon yg pernah aku tengok , movie nii da third place laaa selepas movie Rise of the Guardian and Cloudy met a chance of Meatball . Hehe tapi series besttt . Memang Epic . Cerita ni mengisahkan ada suku puak orang kerdil yang cuba menyelamatkan hutan mereka . Askar mereka digelar Leafman . Memang hebat dan menarik ! Sumpah hampa mesti suka tengok movie ni . Sila ke pawagam yang berdekatan dengan segera ya ! Haha.
Kami shopping japp . Actually , cuci cuci mata jaaa sebab duit dah perabihhhh kat SR tadi huh ! Haha sokay laaa janji kenyang sampai ke hari nii tak hilang-2 lagi taww . kami try semua perfuma yang ada kat situ . Bajet banyak duet nak beli . Try high heels . Try handbag branded . Try try and try . Try jeh yang mampu . Bag it ? Ohh sorry , tak mampuu Haha .
And unexpectedly , lepas tu , atok belanja makan McD . Dia belanja kami semua makan Burger Double Cheese . Haha what a surprise ! Atok memang baik sangat . Terlalu baik and kami rapat sangat . Atok memang gentleman . Steady je keluar lepak dgn kami sorang-2 dia sebab kami ni rapat sangat so , tak kesah laa . Apa nak malukan sangat kan ? Haha semua otak gila-2 jea soo tak akward laa sangat . Haha
Eksaiteddd jumpak cermin besaqqq ~ HAHA
Thank you sooooo muchhh Atok and my lovelyyyy bestiess too ! :D
Handmade :) Lawyer-to-be .
Haha berangan je taw . SPM pon tak amek lagi . Just wannabe . Hehe .
Seriously , aku memang nak sangat jadi Lawyer . Terlalu minat . Kalau dulu nak sangat jadi Doctor , but now , I dah tukar my ambition to be a Lawyer . Mak abah pon pelik why aku berkeras jugak nak masok kelas Sastera-Akaun sedangkan my PMR's result is Excellent . Memang layak sangat nak masuk kelas Sains Tulen . Hmm maybe sebab aku tak minat Sains and aku tak reti Sains . Yaa dulu memang aku nak sangat jadi Doctor tapi bila dah kian dewasa , baru aku sedar yang aku tak minat Sains . Lebih-2 lagi Bio , Physic , Chemistry , ohh bukan benda mudah untuk aku score sebab aku memang tak reti Sains . If aku ni pandai Sains , aku boleh asah minat tu . Tapi dah la aku tak reti , minat pon lagi lah tak . So , that's why laa I made a hard decision to choose Account's Class . And officially my ambition changed to be a Lawyer .
The first point is , I love History . Yaa aku suka sangat subjek Sejarah dan sentiasa score A . Subjek Bahasa yang lain pon aku selalu score . Math je kureng sikit . Nak jadi lawyer , kena score History , subjek Bahasa dengan Mathematic . Ni semua aku yakin boleh score A . Moreover , I love to talk , to argue , to fight . Thats's why I think I deserve to be a Lawyer . Hehe . One of my besties pon join aku nak jadi Lawyer . She is Anees Hazirah . Haha nama dia pon Hazirah jugak . Secara literally , kami boleh combine nama jadi Anees Hazirah as her real name . Kami dah berjanji nak perjuangkan cita-cita kami untuk jadi Lawyer . Oke , kami memang kuat berangan . Haha . Siap dah cari University kat obersii taw . Haha bajet result SPM nanti straight A's . Sebab tu dah berangan siap-siap nak fly pi obersi . Ohmygoshhh . Haha .Tapi memang our dream nak pi study abroad di King's College London , School of Law .
King's College London ni memang School of Law yang terbaik di dunia . It is the 57th university in the ranking of the best Universities in the World . Memang terbaik . Kami target nak ambil LLB ( Degree of Law ) . Hopefully . :')
Semoga saye mendapat 11A's dalam SPM . Doakan saya ye ?
Hi . I am :)
Annyong-haseyo ! :D
Fuhh .. dah berdebu blog ni . Punya laa lama I tak post kan ? Hehe . Bukan apa , just I'm really really malas giler nak hapdet . Idk y ~ maybe syndrom tuh datang kembali . Musim cuti sekolah kan , kebiasaan itu . And seriously , banyak sangat story mory I wanna tell to u ols , haa gituuh . Haha . Macam mane nak mula eh ? Hee haa cuti ni , very membosankan . Why ? Tak travel ke mana pon . Just stay lonely at home with my loyal bestfriend , Internet . Haha . Series bosan banget . My mom said , dy dah tak boleh nak amek cuti cos ' she spends her holidays too much when she did Umrah a fortnight ago . Cuti pon tinggal sikit je laa jawabnya .
Haa big point is , my mom and dad baru jeh balik dari Umrah . Rindu rindu rinduu sangat kat depa . Ye laaa nearly a month tak jumpa . Yang paling sedih sekali , tak boleh nak ikot hantar mak abah ke airport on the day they flied to Medina . Masa balik pon tak dapat ikot jugak . Soooo shedd . Exam mid-year punya pasal lahh ni . Erghh . Haa exam pulak acano ? Hmmm too bad . I means the papers , too difficult . Certain subjects agak mudah but over all subjects memang susah . Absolutely . Result ? Idk ~ Takot ! Baru taw 2 subjek , BM and Math . Alhamdullilah , dua-dua A :)
Oke back to the topic , mak aku tak banyak sangat beli barang sebab tak sempat . Kejap jeh pergi umrah . 2 minggu je pon . Kalau dulu time Hajj , lama laa . Sampai mak aku borong sakan kat sana . Siap import barang sampai Malaysia . Punya laa banyak , tak muat nak bawak naik flight . Haha . But kali ni , kureng la. I got a Jubah , Inai and Pen Perfume . Pen perfume ? Apa tu ? Haa ini yang rare sikit ni daripada selalu . It's a perfume berbentuk pen . Panjang , kurus just like a pen . Dia adalah perfume bukan minyak Atar . Bau pon sedap , wangi . Hehe . Nanti I tunjok oke ? :D
And tadi aku ada bagitau yang aku tak boleh ikot nak amek mak abah aku dari Airport kan ? You know why ? Sebab kami , budak Account 5 Farabians , dikehendaki stay for 2 nights at school untuk menyiapkan Folio Account Form 5. Alhamdulillah , it's done ! Happy sanggat . Terima kasihhhh berjuta kali untok Cg.Ghazali a.k.a Papa Farabians kerana terlalu banyak menolong . Dia sanggup korbankan his time , money and effort to help us . Dalam masa 3 hari 2 malam , kami semua dapat siapkan folio itu dengan jayanya . Jasamu dikenang hingga Jannah , Papa . Acewahhh ! Haha . Sepanjang kami stay kat situ , ada laa geng Juniors lembik mentah hingusan and really unmatured nii , teringin nak buat kepala . I means , nak buat style tak menjadik kat depan kami kami ni . Aloohaii , adik adik mentah semua tu , nak tunjok lagak depan kakak kakak ni yang memang dah masak dengan perangai lapuk macam tu . Meluat mata memandang . Nak tunjok kurang ajar terang-terang . Sekali kena sound terok , baru ada akal kot . Baru time tu sedar diri kot . Lepas tu , tahu pon takot . Nak keluar lalu depan mata pon tak berani . Lesap pi mana tataw . Last last , bila dah balik rumah , berani pulak buat Hot Status kat Fesbuk maki kak kak ni balik . Kat depan punya la takot , kat belakang jea berani . Ishh ishh sunggoh tak matang . Hmm nasib baiklahh kak kak ni baik dik , tak maki balek pon kat adik even adik maki akak sakan . Akak faham sangat dah dengan perangai budak hingusan cemni . Dah meluat sangat dah . Sebab tu tak hingin nak melayan . Better we focus SPM kan seniors ? :)
We , Generation 96' will break the School's Records with our Great Results on SPM 2013.
The best Generation :)
Aminnn ..
Hari Anugerah Kecemerlangan 2013
On our Graduation Day 2013 ! Alhamdulillah , we were choosen again for the award ! :)
Grateful to Allah Ar-Rahman Ar-Rahim . Finally , due to usaha keras aku semasa Final Year Exam tahun lepas , aku berpeluang mendapat Anugerah Terbaik Tingkatan dan Anugerah Terbaik Prinsip Perakaunan .
Terharu sangat beb ! Haha . Bukan selalu boleh dapat peluang semua ni . Dan mata mata yang membenciku pon terbeliak pabila tengok aku naik pentas amek Anugerah . It was a big appreciation for me ! :) Mak Abah aku pon bangga sangat dengan aku bila depa pon turut hadir meraikan kejayaan aku . Terima kasih tak terhingga kepada guru guru yang menyokong dan mendidik aku selama ini . Serta guru guru yang sentiasa menabur harapan yang tinggi pada aku . Akan aku buktikan yang aku bukan pelajar bermasalah tapi aku pelajar cemerlang with straight A's in SPM 2013 :) * Kawan kawan yang sentiasa menyokong dan percayakan aku especially Ain , Adeeba , Hidayah , Izni , Anis , Nadia , Mak , Abah , # Terima Kasih ! :D " Kejayaan bukan diukur pada siapa pemiliknya tetapi pada apa pencapaiannya ? Kerana kejayaan tidak mengenal orang tetapi mengenal usaha . " Aku Sakit . Kekecewaan , kesedihan , kesakitan . Dan pabila cinta didustai , pelbagai rasa aku nikmati . Kesetiaan selama ini depersiakan begitu saja . Malah dibalas dengan kecurangan yang tidak berbelah bahagi . Apa salah aku ? Atau dia yang tidak kenal erti menghargai cinta yang suci ini ? Suci ? Mungkin tidak pada si dia . Aku dambakan kisah cinta yang bahagia pada pengakhirannya tapi sebaliknya . Adakah ini suatu balasan ? Oh , sungguh aku tak mengerti . Aku yang dulunya amat menyayangi dia. Cinta ini ku tatang sepenuhnya . Tapi mengapa dibalas dengan sembilu yang begitu menghiris jiwa ? Perit . Parut ini tak mampu dipadam mahupun hilang dan ia kan kekal , kekal menusuk hati ini . Kini , hatiku sudah rapuh . Aku tak mampu untuk bertahan lagi . Sembilu yang semakin dalam menusuk jiwaku , menyesakkan dada ini . Aku ingin lari . Aku ingin pergi . Pergi jauh membawa jiwa yang lara ini . Maaf jika hati ini sudah tidak mampu menyayangimu lagi . Maaf jika bibir ini sudah tidak mampu untuk bermanis kata lagi . Maaf jika diri ini sudah tidak seperti dahulu lagi . Aku wanita . Kaum yang lemah tapi jiwa ini kuat hingga mampu menggoncang dunia . One More Sweet Day ! Assalamualaikum . . . Hari ini lepak lagi dengan kawan-2 dan sahabat handaiku di Giant . As usual pi usha movie baru kat wayang . Kami tengok citer Oz the Great and Powerful ! Best aww citer ny . Seriesly nak ajak semua pi tengok citer tu kat wayang . It's about A Fantasy Adventure ! Tambahan lagi Hero dy hensem aww ! Search laa kat Google nama James Franco kalau tak puas tengok gambar dia kat bawah ny . Hensem kan ? Senyum pon sweet aww . Hihihi :D Disebabkan wayang kami lambat tayang , pukul 5 baru start not as usual , kami pon pergi melantak dulu lah . No more KFC ke McD ke A&W ke , kali ny kita makan bajet sikit . And mana lagi kalau bukan Hussain Nasi Kandaq ! Haha sedap ohh Nasi Goreng dy ! Hehe :) Lepas puas melantak , kami pi bersenam pulak , nak turonkan segala lemak yang sekian lama berkampung kat dalam badan ny . We played Bowling di Ole-Ole ! Tak habes main pon even just one game sebab kelam kalibut nak tunaikan rukun Islam yang ke-2 memandangkan wayang pon start lepas Asar kan ? And seriesly movie tu memang Ohsemmmm ! :D
Geng Skyperss Sejati ! XD
James Franco ! melting *.*
Sweet Day . Alhamdulillah , Finally , Abah aku tunaikan jugak janji dia belikan hadiah untuk aku . It's really really really surprising me ! Wa terharu tergaru sesangat . Nearly for a year and half I'm waiting for this. Thanks Abah , my belove darling :) A big present for my 9A's . :') Hye ! Kem Easy Addmath 2012
Assalamualaikum :D
Taitel hari ny pasal Kem Easy AddMath . Even kem ny taon lepas punya , tapi aku tak sempat nak share gambar -gambar lagi kan ? Hehe tak banyak benda yang aku nak story sangat about kem ny pon tapi seriously , kem ny memang best and happening . Effect dy memang berkesan b'cos at least aku dah boleh kuasai sebahagian besar topic AddMath form 4 lebih-2 lagi topic Indices and Log . Huh ! Topic yang gila gila merapu tapi sekarang Alhamdulillah , aku suka sangat topic tuh ! Hehe . Anyway , time kem tuh memang happy giler . Kami satu geng dudok satu dorm . Memang hingaq laaa . Dan memang bebas gila time kem tuh . Cikgu warden pa semua ta kacau langsong . Every night , dapat makan Nasi Bujang Free ! Hehe Ada owang baik hati belanja kita siap tolong pi beli and mai hantaq teroih . :D
As usual , kawan-2 aku semua memang gila lensa . Kat mana mana pon mesti nak snap snap gambar . Buat kenang kenangan untuk zaman kami dah jadi tok nenek nanti . Puihhh ! Haha memang tak boleh dinafikan laaa . Haha
" A true friend scolds like a dad , cares like a mom , teasers like a sister , irritates like a brother ,
and finally loves you more than a lover ! "
Hang Around with Scooter Scoobidoo !
Assalamualaikum !
Haii lama aku tak update since last update pasai Heart Broken tu eh ?
Hee sekarang my heart dah cure dah . Dah sehat :D
Anyway , sekarang aku tengah bercuti for a week ! Sempena CNY . Even my school takde Chinese but we are 1 Malaysia kan ? And of course Homework belunggok ya amat ya ampun ! Tak terbuat deh . Ye laa mentang-mentang laaa taon ny SPM kan , so mula la bagi Hw berbagai . Haiduih >< ! Tapi takpe , aku dah dapat kesedaran sivik dengan menyiapkan semua Hw yang menimbon tu except Addmath lerr . Tu memang cek tak reti lah ! Mintak maap lahhh . By the way , petang tadi aku hang out lagi dengan Geng Lepak Sejatiku ! Amirah and Atikah ,as usual . Tapi kali naik Scooter Nouvo Atikah punya . 3 orang sekali share naik 1 motor. Atikah yg bawak .Naseb baik laa dy kuat macam Big Momma , kalau tak , alamatnya ke longkang laa kami semua . Haha .
"Friend isn't someone who's just always there for you .
It's someone who understands you a bit more than you understand yourself ... "
Mungkin .
Mungkin , sudah tiba masanya aku keluar dari belenggu cinta yang palsu . :'/
Heartbroken .
Heartbroken :'/
The hardest thing to do is smiling when watching the one you love,
love someone else . :')
What happens when he's your Prince Charming , but you're not his Cinderella ?
Layan Blog Jiwa Jiwa membangkitkan semangat diri yang kian luntur .
Bersabarlah duhai jiwa yang lara . . .
|