Sweet Owner Bigfoots! Credits!
| Bonjour .
Hai :) Dah lama sangat sangat kan aku tak update ? Terasa maha pelik pulak bila nak update . Hoho .
Hahaha .
Bajet ada readers ke ? Oh eww pelish lah . Haha . Hopefully Deeba Kyn baca post ini because when I wrote this , I was missing you . And now , when you read this , I'm still . Haha jangan touching ! Kstop .
KINI ,
aku adalah lepasan SPM yang sudah lama berakhir pada 3 Disember 2013 lalu . Dan hari ini bersamaan 12 Mac 2014 , aku sedang menghitung hari hari terakhir sebelum pengumuman keputusan SPMku yang yang yang .............................. ? * meraung di jiwa * #tekanan .
Arghhhhhhhhh , apaaaa lah result aku nanti ? Mestilah aku mengharapkan setinggi Gunung Everest untuk mendapat yang terbaik . Demi membahagiakan hati insan-insan yang tersayang . Oke dah mula terkenang wajah cikgu-cikgu aku , lebih-lebih lagi wajah Papa Ghazali . Omo , aku risau gila result Account aku nanti macam mana . Sebab apa risau sangat ? Sebab susah gila gila weh . Satu Malaysia menangis beb ! Wuhuu . Tekanan . Ampun ya papa if I can't fulfill your dreams T_T . Paling penting , aku tak sanggup tengok wajah penuh kehampaan kedua-dua ibu bapaku . Ohhh , sangat tersentuh taw !
Ya Allah , kau makbulkanlah doa-doa kami . Kau berikanlah kejayaan pada kami demi mencapai RedhaMu juga membahagiakan hati kedua ibu bapa kami dan guru-guru kami . Amin Ya Rabb .
***************************************************************
Hari - hari ku sebagai lepasan SPM .
Selepas tanggal 3 Disember tu , aku dengan sepenuh hatinya memegang jawatang sebagai Yang Berbahagia Lepasan SPM 2013 . Haha rasa bangga , syok dan puas sangat semua ada . Akhirnya , penat lelah aku menjadi seorang pelajar sekolah sejak Darjah Satu sudah berakhir . Suatu kenangan yang cukup terindah . Terindah dan kan kekal abadi di lubuk hati . Siapa tak sayang kenangan zaman sekolah beb ? Zaman hingus dok meleleh lagi . OMG ! Haha . Zaman aku mengenal cinta . Mengenal erti persahabatan dan permusuhan . Mengenal erti jahat dan baik . Mengenal erti Fly dan Nasi Bujang . Zaman aku jatuh dan bangkit . Zaman aku dipaksa dan terpaksa . Zaman aku berduka dan bersuka . Dan bila aku dah keluar dari Zaman Sekolah yang dahulunya kononnya aku tak sabar sangat nak keluar sebab tak tahan sangat , baru kini aku sedar yang Zaman Sekolah adalah Zaman Terhebat daripada segala zaman . * Apa banyak zaman daaa * Haha . But seriously what I said , baru aku sedar yang Dunia Luar tidaklah seseronok mana yang aku sangka berbanding Dunia Sekolah . Kalau kat sekolah , aku tahu , ramai yang sentiasa caring akanku walaupun aku sering memberontak di jiwa apabila mereka sering memaksa dan mengarah aku itu ini , tapi itu tandanya mereka CARE akan aku . Walaupun aku tiada banyak pilihan , tetapi apa yang mereka pilih , sebenarnya itu adalah yang terbaik untuk aku . Sekarang , aku lebih banyak pilihan dan lebih bebas memilih tanpa sebarang paksaan , tetapi tiada rasa keseronokan bila mendapat nikmat itu kerana aku rasa seperti keseorangan , tiada siapa yang kesah lagi . Kalau dulu , cikgu mesti paksa aku buat itu ini untuk kebaikan aku tapi sekarang , sudah tiada siapa kesah . Sepatutnya aku merasa seronok lah kan bila dapat berdiri di atas kaki sendiri untuk membuat pilihan hidup tetapi entahlah , mungkin aku masih kebudak-budakan yang baru ingin mengenal dunia luar .
Oke dah cukup berfalsafah -.-
Sepanjang perjalanan sehingga ke hari ini , kerja tetap aku setiap hari adalah makan - solat - Korea - game - Online - tidur . Aku jarang beriadah . Kerja pun tak . Oleh sebab itu , mak aku suruh sertai dua kelas iaitu Kelas Lesen Memandu dan Kelas English Spoken . Alhamdulillah , kelas English sudah tamat sebulan lalu . Lesen Memandu ni yang lecehhhhhh gilos nihh . Tekanan akuuu bila tak reti reti lagi nak bawa keta . Yang aku panas tuh , awat orang lain relax chillex jaaa bawak , hatta orang tua sekalipun tapi awat aku teruk sangat tak boleh nak bawak ? Aku rasa aku lebih teruk daripada belalang . Jangan tanya sebab apa dengan belalang . Itu perumpamaan budak pandai macam aku . Erk !
Kejayaan yang telah aku capai :-
1. Berjaya menonton hampir 100 plus plus episod Running Man .
2. Aku dah belajar banyak resepi baru . Nak tengok a few of my recipes collections ? Find out at my IG @ciksnap .
3. Aku telah mencuba pelbagai menu makanan baru di pelbagai kedai . Azam nak menjadikan my IG with a lot of foods semakin heating up ! Haha .
4. I guess I have reduced my weight . Hehehe .
5. I have gained my driving skills and English spoken skills , InSyaAllah :)
6. Apa lagi eh ?
7. Entahlah .
8. Dah takde kot .
9. Ni je ?
11. Eh , nombor 10 mana ?
12 . Kstop -.-
Hahahaha . Anyway , aku puas sangat cuti ni sebab aku dapat rehat terlalu banyak sehingga jadi lemah longlai sebab disease Bosan tahap melampau . Oh ya saya , burung hantu dan kelawar sejati . Panda too ! Apa kaitan binatang pulak ni ? Oke saya berjaga malam dan beradu siang and then my eyebag getting bigger like what ?! Haha Idk and Idc ~ *IDon'tKnowIDon'tCare*
Okey .
" Isilah waktu lapang anda dengan aktiviti-2 yang berfaedah seperti di atas . "
- N.Hazirah -
Anyeong :)
|