Sweet Owner Bigfoots! Credits!
| Ramadhan kian pergi ..
Sedar tak sedar , Ramadhan kian pergi ..
Aku rasa kejap giler puasa taon ny . Tak macam dulu-2 . Hmm maybe sbb aku busy sgt dgn exam kot or maybe memg betol masa tuuu ahli pecut 100 m . Laju gilahhh ! Haha. Kalahkan Usain Bolt yg cipta rekod baru selama 9 saat lebeh . Masa lari sesaat ponn kita tak sedar .
Ramadhan kian pergi bermakna Syawal kian menjelma .
Raya Ooo Raya , Raya datang lagiii Oooii . Haha , bila dah nak dekat raya ny , konfem semua org semangat shopping gila-2 laaa , Beli apa yang tak ada dan yg dah ada . Semua nak nampak cantik dan baru ,. Budak-2 konfem nak baju baru , Si mak-2 konfem nak langsir baru , perabot baru , sofa baru , Panjang kata semua laaa baru . Dan pada si akak-2 yang pandai wat kueh raya tuu , mesti dah 1001 jenis kueh nak makan pagi raya nantii . Segala jenis tart , cornflakes , samprit ... Adoyai , konfem kembong perot pagi raya nanti . Tak campor dgn ketupat ,lemak, rendang .. Klau yg buat open house tuuu , Masya-Allah , Perot Ana boleh pecah laaa . Haha .
Tapii sedar tak korang ,
di sebalik kegembiraan dan keseronokan kita nak menyambut Bulan yang Mulia ini ,
Masih ada saudara seIslam kita yang tengah bersedih dan berduka . Nak mencari sesuap nasi pon payah , Apatah lagi nak beli baju baru . Apatah lagi , nak makan sedap-2 macam kita semua .
Bersyukurlah .. kerana kita masih diberi peluang untuk menyambut Hari Raya dengan penuh nikmat dan barakah daripada Allah SWT .
|