
|
Sweet Owner Bigfoots! ![]() Credits!
| biodata rasulallah... Nama penuh: Muhammad bin 'Abdullah bin 'Abdul Muttalib bin Hashim Nama bapa: 'Abdullah bin 'Abdul Muttalib bin Hashim Nama ibu: Aminah binti Wahab bin 'Abdul Manaf Nama datuk: Syaibah bin Hâsyim dikenal dengan nama 'Abdul Muttalib Bapa-bapa saudara: • Al-Harith bin Abdul Muthalib • Muqawwam bin Abdul Muthalib • Zubair bin Abdul Muthalib • Hamzah bin Abdul Muthalib • Al-Abbas bin Abdul Muthalib • Abu Thalib bin Abdul Muthalib • Abu Lahab bin Abdul Muthalib • Abdul Kaabah bin Abdul Muthalib • Hijl bin Abdul Muthalib • Dzirar bin Abdul Muthalib • Ghaidaq bin Abdul Muthalib Nama Ibu susuan Rasulullah: - Ibu susuan pertama Thuwaibah (hamba perempuan Abu Lahab) - Ibu susuan kedua Halimah binti Abu Zuaib As-Sa‘diah (lebih dikenali Halimah As-Sa‘diah. Suaminya bernama Abu Kabsyah) Nama isteri pertama dan usia baginda berkahwin: Khadijah binti Khuwailid Al-Asadiyah pada 25 tahun Nama isteri-isteri Rasulullah: 1. Khadijah bt. Khuwailid al-Asadiyah r.a 2. Saudah bt. Zam'ah al-Amiriyah al Quraisiyah r.a 3. Aisyah bt Abi Bakr r.a (anak Saidina Abu Bakar) 4. Hafsah bt. Umar bin al-Khattab r.a (anak Saidina 'Umar bin Al-Khattab 5. Ummu Salamah Hindun bt. Abi Umaiyah r.a (digelar Ummi Salamah) 6. Ummu Habibah Ramlah bt. Abi sufian r.a 7. Juwairiyah ( Barrah ) bt. Harith 8. Safiyah bt. Huyay 9. Zainab bt. Jansyin 10. Asma' bt. al-Nu'man al-Kindiyah 11. Umrah bt. Yazid al-Kilabiyah 12. Zainab bin Khuzaimah (digelar 'Ummu Al-Masakin'; Ibu Orang Miskin) Nama anak-anak Rasulullah: 1. Qasim 2. Abdullah 3. Ibrahim 4. Zainab 5. Ruqaiyah 6. Ummi Kalthum 7. Fatimah Al-Zahra' 8. Halah bin Hind bin Habbasy bin Zurarah al-Tamimi (anak kepada Saidatina Khadijah bersama Hind bin Habbasy. Ketika berkahwin dengan Rasulullah, Khadijah adalah seorang janda).[anak tiri Rasulullah] Pengalaman bekerja Rasulullah:
Gelaran Al-Amin: Baginda merupakan seorang yang jujur, amanah dan budi pekerti. Perkataan dan perbuatan baginda sentiasa dipercayai sehingga baginda diberi gelaran al-Amin oleh masyarakat Arab Quraisy. Sifat-sifat terpuji Rasulullah: - Berkata benar (siddiq) - Boleh dipercayai (amanah) - Penyampai ajaran Islam (tabliq) - Bijaksana (fatanah) Peristiwa Rasulullah menerima wahyu: - Wahyu pertama diterima Rasulullah pada hari isnin, 17 ramadan (6 ogos 610 M) - Ketika itu Rasulullah berusia 40 tahun. - Wahyu tersebut diterima baginda di Gua Hirak al-Jabar Nur. - Surah al-Alaq, wahyu pertama yang berbunyi "Bacalah dengan menyebut nama Tuhanmu yang menciptakan manusia dari segumpal darah. Bacalah, dengan nama Tuhanmu yang Amat Pemurah, yang mengajar manusia dengan perantaraan (menulis, membaca). Dia mengajarkan kepada manusia apa yang tidak diketahuinya." - Wahyu kedua, surah al-Muddasir (ayat 1-7) diturunkan di Bukit Nur berhampiran Makkah. - Wahyu kedua ini menandakan pelantikan baginda sebagai Rasulullah atau pesuruh Allah. Tokoh-tokoh awal memeluk Islam: • Zaid bin Harithah (anak angkat nabi) • Ali bin Abu Talib (sepupu nabi berusia 10 tahun) • Khadijah binti Khuwailid (isteri nabi dan orang pertama memeluk Islam) • Abu Bakar al-Siddiq (sahabat karib) |